Kemudahan


Dusun Eco Resort menawarkan pakej menarik untuk didiami oleh mereka yang ingin merasai kesegaran serta keindahan dan cabaran alam semulajadi. Chalet untuk percutian yang menyenangkan dan tapak perkhemahan untuk yang gemarkan penginapan yang mencabar. Kemudahan untuk aktiviti outdoor dan indoor serta hiburan seperti sesi berkaraoke ataupun menonton Astro turut disediakan.

*CD Karaoke tidak disediakan





Gelanggang permainan berkonkrit dan besar ini sesuai untuk pelbagai sukan seperti bola tampar, bola keranjang, latihan kawad kaki dan aktiviti sukaneka.





10 buah dewan yang lengkap dengan P.A. sistem dan kemudahan audio yang lain.







Dua buah kolam mandi yang dipenuhi dengan air semulajadi yang disalur terus dari bukit memberi kesegaran dan kesejukan yang asli.







Wakaf

Terdapat 10 buah wakaf sebagai tempat untuk berehat sambil menikmati suasana sekeliling dan juga untuk sesi perbincangan.

Surau

2 buah surau yang mampu menampung 500 orang







Dewan Makan

Terdapat 2 buah dewan makan yang menyajikan makanan kampung. Jenis makanan yang diperlukan boleh dibincangkan dengan chef bagi kumpulan yang besar. Selain masakan melayu, masakan vegetarian boleh disediakan atas permintaan. Makanan disediakan secara pakej 5 kali sehari.

Kedai

Pengunjung boleh membeli-belah di 2 buah kedai yang menjual makanan dan minuman ringan serta keperluan latihan seperti sabun, berus gigi dan lain-lain.





 Kadar Istimewa

Kami menawarkan pakej yang menyediakan penginapan dan kemudahan pada harga yang berpatutan

Muat turun kadar penginapan format .PDF


Aktiviti

Di Dusun Eco Resort, kami berusaha untuk menyediakan aktiviti-aktiviti yang akan membantu membangunkan peserta dari segi mental dan fizikal.

      
      •  Rentas Halangan
      •  Jungle Trekking
      •  Rock Climbing


Laman Sosial

Lawat laman sosial kami untuk info terkini