Profil Korporat




Perkampungan latihan Dusun Eco Resort terletak di Bentong, Pahang bertemakan Eco- Tourism. Selaras dengan tema ini yang memberi tumpuan kepada ekologi, nama-nama chalet dan dewan dinamakan dengan nama-nama bunga, ikan, burung-burung dan pokok-pokok hutan yang terdapat di kawasan hutan tropika dalam Negeri Pahang. Oleh kerana resort ini terletak dalam daerah Bentong, Pahang tidak ketinggalan juga memperkenalkan Bentong dan Negeri Pahang sebagai destinasi Eco-Tourism . Nama-nama chalet menggunakan nama-nama kampung dalam daerah Bentong seperti Ketari, Karak, Janda Baik, Lebu, Lurah Bilut, Telemong dan Simpang Pelangai manakala nama-nama bandar dalam Negeri Pahang seperti Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Temerloh, Raub, Lipis dll dijadikan nama-nama chalet. Nama-nama dewan selain menggunakan nama-nama ikan sungai yang terkenal seperti jelawat, patin, keli, dan haruan juga menggunakan nama 3 mukim dalam daerah Bentong iaitu Bentong, Pelangai dan Sabai.

Bersesuaian dengan nama dusun, beberapa chalet juga turut dinamakan dengan nama buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, duku, langsat, dokong, durian, nangka, cempedak dll, pokok bunga seperti bunga melor, melati, kekwa dll, buah hutan seperti petai dan jering dan pokok hutan seperti jati, merbau, meranti dll digunakan kepada asrama dan chalet. 

Pengunjung akan dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai daerah Bentong, Negeri Pahang, nama-nama pokok hutan, bunga-bunga, buah-buahan dan ikan sungai yang menjadi makanan kesukaan ramai pada masa kini.







Dusun Eco Resort terletak di dalam hutan simpan dan kawasan tadahan hujan Sungai Poh, Bentong, Pahang Darul Makmur. Kehijauan dan keindahan alam semulajadi nya menyisihkan kawasan ini daripada kesibukan kota dan menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti dengan harga yang berpatutan.

Hanya 45 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur / Karak. Pengalaman berekreasi di tengah-tengah kehijauan hutan pastinya membawa kenangan yang tidak dilupakan.

Dengan keluasan 27 ekar, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan pasti memenuhi keperluan dan kehendak semua golongan.






Jauh dari keriuhan kota, pengunjung berpeluang berjalan di dalam hutan sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan dan suasana penuh kehijauan. Atau rasai kesejukan air bukit yang disalur terus ke kolam mandi yang disediakan.

Aktiviti kembara malam membolehkan pengunjung merasai suasana kegelapan di dalam hutan dan cabaran meneroka hutan dalam suasana kehijauan yang penuh kegelapan.

Akhiri hari anda dengan merehatkan fizikal dan mental sambil berkaraoke dan menonton Astro. Ini merupakan sebahagian pengalaman yang kami tawarkan untuk penginapan yang menyenangkan dan menyeronokkan.






Selain menyediakan tempat kemudahan berkursus dan seminar, pengunjung juga boleh menikmati buah-buahan tempatan terutamanya raja buah iaitu DURIAN. Di kawasan seluas 9 hektar terdapat pokok durian daripada pelbagai jenis baka dan buah-buahan lain seperti manggis, jambu, rambutan dan lain-lain.

 Kadar Istimewa

Kami menawarkan pakej yang menyediakan penginapan dan kemudahan pada harga yang berpatutan

Muat turun kadar penginapan format .PDF


Aktiviti

Di Dusun Eco Resort, kami berusaha untuk menyediakan aktiviti-aktiviti yang akan membantu membangunkan peserta dari segi mental dan fizikal.

      
      •  Rentas Halangan
      •  Jungle Trekking
      •  Rock Climbing


Laman Sosial

Lawat laman sosial kami untuk info terkini