Profil - Kemudahan - Aktiviti - Sebutharga - Lokasi - Pelanggan - Hubungi Kami

Kemudahan-kemudahan

Dusun Eco Resort menawarkan pakej menarik untuk didiami oleh mereka yang ingin merasai kesegaran serta keindahan dan cabaran alam semulajadi. Chalet untuk percutian yang menyenangkan dan tapak perkhemahan untuk yang gemarkan penginapan yang mencabar. Kemudahan untuk aktiviti outdoor dan indoor serta hiburan seperti sesi berkaraoke* ataupun menonton Astro turut disediakan.

*CD Karaoke tidak disediakan

Penginapan

 

Chalet

Terdapat 55 buah chalet yang boleh menampung 220 orang.

 

Klik pada imej untuk pandangan yang besar

 

Chalet 'A' Shape

25 buah chalet kampung jenis 'A' Shape menampung 125 orang dan dinamakan berdasarkan nama-nama kampung di daerah Bentong.

 

Asrama

Untuk kumpulan yang besar, terdapat 5 blok asrama yang boleh menampung sehingga 540 orang.

 

 

Tapak Perkhemahan

Terdapat 2 tapak perkhemahan yang mampu menampung 400 orang. Lengkap dengan khemah, bekalan air dan tandas, 3 buah dewan terbuka dan juga tempat untuk memasak. Sesuai untuk institusi-institusi pengajian yang menganjurkan program untuk melatih peserta-peserta dengan semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain.

Aktiviti-Aktiviti Rekreasi

 

Gelanggang Permainan

Gelanggang permainan berkonkrit dan besar ini sesuai untuk pelbagai sukan seperti bola tampar, bola keranjang, latihan kawad kaki dan aktiviti sukaneka.

   

 

Dewan Seminar

10 buah dewan yang lengkap dengan OHP, P.A. sistem dan kemudahan audio yang lain.

 

 

Kolam Mandi

Dua buah kolam mandi yang dipenuhi dengan air semulajadi yang disalur terus dari bukit memberi kesegaran dan kesejukan yang asli.

 

Wakaf & Surau

 

Wakaf
Terdapat 10 buah wakaf sebagai tempat untuk berehat sambil menikmati suasana sekeliling dan juga untuk sesi perbincangan.

Surau
2 buah surau yang mampu menampung 500 orang

 

 

 

Dewan Makan & Kedai

Dewan Makan
Terdapat 2 buah dewan makan yang menyajikan makanan kampung. Jenis makanan yang diperlukan boleh dibincangkan dengan chef bagi kumpulan yang besar. Selain masakan melayu, masakan vegetarian boleh disediakan atas permintaan. Makanan disediakan secara pakej 5 kali sehari.

Kedai
Pengunjung boleh membeli-belah di 2 buah kedai yang menjual makanan dan minuman ringan serta keperluan latihan seperti sabun, berus gigi dan lain-lain.

Ke Atas

Home - Profil - Kemudahan - Aktiviti - Sebutharga - Lokasi - Pelanggan - Hubungi Kami